Pages

Wednesday, September 20, 2017

38 Minggu Menunggu : Persiapan ke Hospital

Hari ini..

Genaplah 38 minggu 3 hari menunggu kelahiran si kecil yang tak berhenti-henti berkungfu dalam perut ibu ni. :) 


Yang paling teruja mestilah ejoy. haha. hari-hari mesej tanya baby buat apa tu? Sampai tak tahu nak jawap apa. 'Baby tengah tido kot, abang.. tadi dia bangun tendang' :') Walaupun pjj ni bukanlah mudah tambah-tambah saat aku tengah sarat ni, tapi ejoy tak pernah miss mesej dan call. Im so thankful walaupun "love you more" sudah bertukar jadi "love you both!". Harap-harap masa bersalin nanti sempat ejoy balik temankan. :(

Minggu ke 38 ni dah mula rasa sakit di pinggang, perlvic pain, cirit-birit tapi makan masih lalu, bertambah-tambah nasi. hehe. Cuma part mengidam tu dah tak sangat, minggu lepas saja teringin nak makan chicken chop. Tak sabar tunggu ejoy balik sabtu ni boleh ajak makan chicken chop di Lepak Kitchen. Pernah lalu sekali saja depan restoran ni nak ke Pasar Malam di Taman Kaya. 

Nervous bila masuk 38 minggu ni, tambah lagi Tasha dengan Lea pun dah bersalin. comel sangat baby. tinggalla aku sorang menanti bila la nak masuk labor room. Huhu. Tasha katanya induce, tapi belum sempat nak interview macammana rasanya kena induce. Kata orang, induce jauh lebih sakit dari bersalin normal Jauh di sudut hati, rasa aku bakal kena induce jugak ni. Itupun lepas Dr. Syila suggest masa scan 33 minggu dulu, katanya saiz baby besar sikit. Mana tak besar, ibunya pun rajin makan, berat pun naik dah berkilo-kilo T__T

Seronok tengok 4D scan di klinik Dr. Syila di Kamunting. Dapat tengok baby bergerak-gerak, tenyeh-tenyeh muka, juih mulut. Comel sangat. Mula-mula rasa tak jadi nak buat 4D Scan sebab masa tu pun dah masuk 33 minggu. Kata orang, kalau nak buat 4D scan baik antara 27-32 minggu. Rezeki mungkin dapat jugak tengok muka si hero walaupun dah terlebih seminggu :) 4D scan di klinik ni harganya cuma RM85, dapat gambar 4R dan CD dengan video baby bergerak-gerak. Harga berbaloikan? sudahla Dr dan stafffnya peramah betul. Penjelasan dari Dr. Syila pun sangat detail Nak dekat 4 kali rasanya datang scan di klinik Dr. Syila. Recommended.

Hari ni nak cerita tentang persiapan ke Hospital. Sebenarnya dari 36 minggu tu aku dah mula dah buat persiapan, cuma ada saja barang yang tak lengkap dan kena tunggu posmen hantar sebab ada barang yang beli online di lazada. Disebabkan anak pertama ni, maka aku pun tak pasti sangat apa barang yang perlu dibawa dan barang yg tak perlu di wad. Tetapi aku kongsikan di sini, dari pembacaan sedia ada di blog-blog dan juga perkongsian dari perbincangan di group Whatsapp pregnancy. :) 

Ini antara barang-barang baby yang aku dah siapkan. Ramai yang tanya mana nak dapatkan plastik macam tu. Sebenarnya plastik tu ejoy beli di ikea dulu. Lama dah tak pakai, sekarang baru nak guna untuk packing. hehe. Ni antara senarai barang-barang bayi yang aku rasa mungkin perlu di wad nanti. 

Barang ke Bilik Bersalin
1. Baju lengan panjang (1 helai)
2. Kain Bedung (1 helai) 
3. Diaper (1 keping)
4. Mitten dan botties (1 pasang)
5. Topi (1 pasang)

Dalam gambar sebelah ni, aku dah asingkan masuk dalam satu plastik dan labelkan 'labor room'. In case masa tengah kelam kabut nanti, kalau nurse minta, ejoy passkan saja plastik label 'labor room'. :)

Keperluan Bayi di Wad
1. Baju lengan panjang (1 helai)
2. Baju lengan pendek (3 helai)
3. Tuala (1 helai)
4. Lampin (5 helai)
5. Diaper (10 keping) 
6. Kain bedung (1-2 helai)
7. Mitten & Botties (4 pasang)
8. Topi (1 helai)
9. Wet Tissue (1 pack)
10. Changing Mat (1 set)

*Nota: beberapa barang ada aku bawa tambahan. Macam spray bottle, minyak telon, kapas untuk sapu ubat di tali pusat bayi, beberapa extra baju sebab risau juga kalau-kalau baby nanti kena tahan di wad sebab jaundice. Jadi, aku sediakan extra baju siap-siap. 

Barang Keperluan Ibu di Wad
1. Tuala                                                                                        9. Sweater
2. Kain batik (2-3 helai)                                                             10. Snacks (Kurma, biskut, roti)
3. Stokin tebal (1-2 pasang)                                                       11. Air Zam Zam
4. Maternity pad (1 pack)                                                           12. Termos Air Panas
5. Pakaian dalam (untuk 2 hari)                                                 13. Tupperware
6. Baju sepasang (untuk pakai ketika keluar wad nanti)            14. Selipar ke tandas
7. Toiletries (berus gigi, ubat gigi sabun mandi, bedak)             15. Plastik besar (untuk baju kotor)
8. Tudung (1-2 helai)                                                                  16. Buku Pink (wajib!) 

*Nota: beberapa barang tambahan yang aku bawa mcm breast pump manual, minyak panas untuk disapu di kaki, seluar dalam pakai buang, lip balm, dan handphone charger/power bank. :) 


Buat masa ni itu saja senarai barang-barang yang aku dah siapkan walaupun awalnya besar betul beg sampai ejoy tergelak katanya melampau sangat barang-barang sebab duduk di hospital cuma sehari dua. huhu. maka aku kurangkan erba sedikit barang. harap-harap mencukupi. semoga bermanfaat buat mommies to be di luar sana. :)  

P.s : Thanks hubby for the suprise :) 

Wednesday, June 7, 2017

Selamat Berpuasa!

Selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah it is 12 Ramadhan today! Semoga kita diberi kesempatan berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Amin

Tika menjelang 1 ramadhan tempoh hari, kandungan baru masuk 5 bulan, sekarang alhamdulillah sudah 23 weeks. Larat tak larat puasa jugak walaupun baca banyak posting di facebook tentang bahaya berpuasa ketika hamil. Tetapi pada Allah jua saya berserah. I always believe as long as my diet is healthy and i drink a lot of water, my baby inside there is strong and healthy. Plus, ejoy is very supportive and always there to remind me to take a lot of water, fruits, and vegetables. Terharu pula sebelum tidur dah prepare sebotol air, buah-buahan dah tersedia dalam peti ais, dan setiap kali selepas sahur dah berdiri depan saya dengan segelas air suam. :') Thanks other half! However please remember



Walaupun sekarang sedikit sarat, ada terasa sakit di pinggang dan lenguh kaki tetapi banyak projek perlu siap bulan puasa ni. Tambahan pula, sibuknya dengan nak pindah barang-barang dari rumah sewa sebelum raya. Since ejoy is going to Kursus Diploma Pentadbiran Awam this july, we have to settle a lot of things. Saya pula terpaksa berulang alik dari Taiping ke USM Penang untuk urusan master setiap minggu kerana semester depan saya berkira untuk membuat penangguhan. Letih juga. Tetapi kalau dibandingkan dengan keadaan masa first trimester dulu, bersyukur juga 2nd trimester ni lebih sedikit aktif dan larat nak buat kerja. My first trimester is very tough! :(  

Projek khatam al-quran juga sedang berjalan, walaupun kadang-kadang ada juga miss pages. Selalu waktu subuh, zohor dan isyak saya gantikan balik muka surat yang tertinggal. Menjelang waktu berbuka puasa, air liur pun dah kering dan tak banyak nak mengomel sebab pulun ligan 20 pages per day. :) 

Oh saya terlupa, projek yang sedang berjalan juga projek mengedit buku yang insyaAllah akan diterbitkan selepas raya nanti. Doakan ya! Mohon doa juga saya istiqamah update blog setiap minggu nanti. Saya bercadang untuk berkongsi pengalaman antenatal class, dan pengalaman berpuasa ketika mengandung nanti. InsyaAllah jika ada kesempatan, saya akan rangka content blog ini. 

Terima kasih sudi membaca. Jika berkelapangan boleh emailkan di email saya, nuruliman.faisal@gmail.com berminat juga untuk menambah kenalan. :) Take care. 

Thursday, May 18, 2017

Jatuh cinta lagi

I am falling in love
Once again.
With you.
Even we haven't met yet.




I cant wait for your first kick.
I never been this happy before. :)

Ibu.

Tuesday, September 22, 2015

Plot Cerita

Cerita tentang semalam.
Hari ini mungkin berbeza. Esok siapa yang tahu. Maka yang dapat dicoretkan itu hanyalah cerita tentang semalam. Hanya peristiwa dalam menginjak dewasa meniti pengalaman.

Nama aku Nurul Iman. Seorang yang optimis tetapi seringkali berkira-kira untuk mencapainya. untuk mengangkat kaki selangkah itu memerlukan satu kekuatan. Seorang optimis itu melihat apa yang terjadi sebagai peluang. Maka tiada yang aku harapkan melainkan peluang yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.

Blog ini juga satu peluang, peluang yang lahir dari cerita semalam untuk dikongsi. Catatan diri ini manakan tahu ajal yang tiada dijangka, maka memori yang tercatat mungkin sedikit sebanyak mengingatkan aku pada hari esok, dan apa yang tinggal untuk dihargai.

 Maka, selamat hari lahir kembali ke dunia maya, imanfaisall.blogspot.com. :)


Thank you for stopping by! ^^v 
-Iman-
 

Template by BloggerCandy.com