Pages

Wednesday, June 7, 2017

Selamat Berpuasa!

Selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah it is 12 Ramadhan today! Semoga kita diberi kesempatan berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Amin

Tika menjelang 1 ramadhan tempoh hari, kandungan baru masuk 5 bulan, sekarang alhamdulillah sudah 23 weeks. Larat tak larat puasa jugak walaupun baca banyak posting di facebook tentang bahaya berpuasa ketika hamil. Tetapi pada Allah jua saya berserah. I always believe as long as my diet is healthy and i drink a lot of water, my baby inside there is strong and healthy. Plus, ejoy is very supportive and always there to remind me to take a lot of water, fruits, and vegetables. Terharu pula sebelum tidur dah prepare sebotol air, buah-buahan dah tersedia dalam peti ais, dan setiap kali selepas sahur dah berdiri depan saya dengan segelas air suam. :') Thanks other half! However please remember



Walaupun sekarang sedikit sarat, ada terasa sakit di pinggang dan lenguh kaki tetapi banyak projek perlu siap bulan puasa ni. Tambahan pula, sibuknya dengan nak pindah barang-barang dari rumah sewa sebelum raya. Since ejoy is going to Kursus Diploma Pentadbiran Awam this july, we have to settle a lot of things. Saya pula terpaksa berulang alik dari Taiping ke USM Penang untuk urusan master setiap minggu kerana semester depan saya berkira untuk membuat penangguhan. Letih juga. Tetapi kalau dibandingkan dengan keadaan masa first trimester dulu, bersyukur juga 2nd trimester ni lebih sedikit aktif dan larat nak buat kerja. My first trimester is very tough! :(  

Projek khatam al-quran juga sedang berjalan, walaupun kadang-kadang ada juga miss pages. Selalu waktu subuh, zohor dan isyak saya gantikan balik muka surat yang tertinggal. Menjelang waktu berbuka puasa, air liur pun dah kering dan tak banyak nak mengomel sebab pulun ligan 20 pages per day. :) 

Oh saya terlupa, projek yang sedang berjalan juga projek mengedit buku yang insyaAllah akan diterbitkan selepas raya nanti. Doakan ya! Mohon doa juga saya istiqamah update blog setiap minggu nanti. Saya bercadang untuk berkongsi pengalaman antenatal class, dan pengalaman berpuasa ketika mengandung nanti. InsyaAllah jika ada kesempatan, saya akan rangka content blog ini. 

Terima kasih sudi membaca. Jika berkelapangan boleh emailkan di email saya, nuruliman.faisal@gmail.com berminat juga untuk menambah kenalan. :) Take care. 

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com